Blogger Widgets

Tuesday 5 February 2013

Alhamdulillah! Vivix & OmegaGuard untuk Pesakit Strok!

Assalamualaikum dan hai semua… Alhamdulillah hari ni Allah izinkan saya update blog ni… Hari ni teruja nak kongsi pengalaman anak yang sangat gembira melihat kesihatan orang tuanya yang menghidap angin ahmar atau lebih dikenali sebagai strok…
 Kenali Penyakit Angin Ahmar/Strok!
  1. Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi. Ini menyebabkan sel-sel otak akan rosak atau mati dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
  2. Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat.
  3. Penyakit ini ialah penyakit keempat yang menyebabkan PALING BANYAK KEMATIAN dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
  4. Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.
Tahukah anda "stroke kecil" merupakan peringatan maut?
  • Walaupun ia bersifat sementara, namun ia juga ibarat bom jangka dalam otak kita yang boleh meletup pada bila-bila masa saja. Istilah perubatan bagi "mini-stroke" atau "pre-stroke" ini ialah Transient Ischaemic Attack (TIA).
  • Antara symptoms TIA adalah:
  1. Masalah percakapan secara tiba-tiba seperti sukar nak memulakan percakapan, susah hendak menyusun ayat atau percakapan kurang jelas.
  2. Lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan anggota badan.
  3. Masalah penglihatan secara tiba-tiba.
  4. Tidak dapat mengimbangi badan seperti tiba-tiba terjatuh ketika sedang berjalan.
  5. Sakit kepala yang kuat secara tiba-tiba malah ada yang menyangkakan mereka diserang migrain.
  6. Kebiasaannya simptom2 ini tidak lama. Kadang2 hanya berlaku beberapa minit sahaja atau beberapa jam sahaja. Kemudian pesakit akan sembuh semula.
Vivix dan OmegaGuard Shaklee Membantu!
 
 
Mari baca apa kata mereka! :)

Testimonial 1: Abah Asnie FaisIzzull 
Testimonial 2: Mak Mas Ayra
Testimonial 3:

"Last Friday saya poskan trial 30's Omega kat customer nie, sbb ayah dia kena strok. Badan sebelah tak boleh gerak. Disebabkan beli yg trial, mak dia nak jimat, beri Omega sebiji sehari jer pd ayahnya.

Pagi tadi cust nie call lg, nak beli sebotol terus. Alhamdulillah, rupanya tangan ayah dia dah boleh gerak sket, dan dah ada improvement berbanding last week. Sbb terharu dgr mak dia bagi jimat2 (sebiji sehari), tue yg dia belikan sebotol, so that ayah dia boleh consume 3 kapsul omega sehari.

Salah satu punca stroke ialah kolesterol. Omega the best utk fight kolesterol, compare dgn Lecithin. Tgk dari harga pun dah beza. Ibarat, satu naik sampan & satu naik speed boat lah.."

Testimonial 4: Ibu Ain yang consume Vivix. Ibunya telah diserang strok sejak 2011 dan baru sahaja mencuba Vivix untuk beberapa hari. Ternyata dengan izin Allah, ibunya menunjukkan perkembangan positif.

"Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat..

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga..

Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..

Usaha yang terbaik selebihnya Allah yang tentukan.. Vivix bukan sahaja untuk stroke tetapi untuk semua.. Vivix ni tonik antioksidan yang bertindak sehingga ke selular. Itu yang best.. Kalau anda sayangkan ibu bapa, diri sendiri dan keluarga, minumlah Vivix.. Ia membantu menghalang stress oksidatif"

Jom dapatkan Shaklee Omega Guard utk hapuskan KOLESTEROL JAHAT dalam badan kita yang boleh mengundang kepada masalah penyakit stroke! Mencegah lebih baik dari mengubati. Jika ada di antara ahli keluarga anda yang diserang stroke, berusahalah. Bagi yang bajet lebih tinggi cubalah Vivix! Ini memang SUPER DUPER THE BEST! Insyaallah. Anda pasti berpuas hati! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...