Dr. Forrest C Shaklee, tidak kurang seperti kebanyakan individu lain yang mempunyai matlamat dalam mencorak kehidupan masyarakat, turut mempunyai keyakinan, keghairahan dan falsafahnya yang tersendiri.
Dr Shaklee menyedari kehebatan gabungan sains dan alam
semula jadi yang mampu menjadi penawar terbaik. Namun, beliau akur yang jika
alam semesta tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan isu pemanasan global dan
terbiodegradasi sebelum ianya dilaung-laungkan lagi.
Daripada prinsip ini, Dr. Shaklee telah mencipta produk
pemakanan semula jadi dan pencuci yang terbaik hasil daripada proses gabungan
ciptaan sains dan alam semula jadi yang mana ia menjadi asas terbentuknya
sebuah syarikat yang berasaskan Mencipta Kehidupan yang Lebih Baik.
Ianya juga merupakan salah satu sebab mengapa Shaklee
dipasarkan melalui cara begini. Puluhan ribu rakyat berbilang umur dan daripada
segenap lapisan masyarakat di seluruh pelusuk dunia bergabung membentuk satu
komuniti yang hebat untuk memasarkan produk kesihatan tersebut secara langsung.
Mereka adalah insan yang mempunyai visi dan kecekalan untuk membina kehidupan
yang lebih baik untuk diri mereka serta insan lain dan mereka jugalah yang
telah mencipta pertubuhan dermawan seperti Shaklee Cares.
Kini, generasi baru telah pun menemui dan mengenali Perbezaan
Shaklee (Shaklee Difference) dan menyertai komunitinya.
Kisah Dr. Shaklee
Sr Dr Forrest C Shaklee, muncul di tengah-tengah bandar
Amerika,lahir pada tahun1894 di sebuah ladang di dalam Carlisle, Iowa. Beliau
memberi seluruh jiwa raganya kepada negaranya, yang mana falsafahnya telah
memberi inspirasi kepada jutaan kehidupan. Melalui falsafahnya dan syarikat
yang diciptanya, beliau telah merubah kehidupan, kesihatan dan nasib masyarakat
seluruh dunia.
Dengan menggunakan pengetahuan dalam kepentingan nutirisi
dalam memcipta kesihatan yang dikutip sepanjang hayatnya, Dr. Shaklee telah
mengasaskan Produk Shaklee dalam tahun 1956 dengan anak lelakinya Forrest, jr.
dan Raleigh bagi mengeluarkan dan menjual pemakanan suplemen. Manakala,
rancangan jualan syarikat secara kukuh berdasarkan prinsip utama dan falsafah
Dr Shaklee "Thoughtsmanship."
Selepas perang dunia kedua, segala pengambilan ubat-ubatan
mula tertumpu kepada penjagaan kesihatan dan bukan sahaja kepada penyembuhan
yang mana tradisi tersebut kekal hingga ke hari ini. Pengiktirafan pentingnya
pemakanan dalam kesihatan yang baik telah diperakui dengan jelas pada masa itu
dan lebih banyak disiplin saintifik terlibat dalam pemakanan. Dalam keadaan
seperti ini, banyak syarikat nutrisi kecil telah mula mengorak langkah dalam
penubuhannya.
Bermula dengan penubuhan yang sederhana dalam tahun 1956,
diikuti dengan pertumbuhan pesat dalam tahun 1970-an hingga ke hari ini, Ia
masih kekal berlandaskan falsafah yang diasaskan oleh prinsip Dr. Shaklee iaitu
Mesra dengan Alam.
Dr Shaklee mengumpul banyak pingat kepujian peribadi dalam
kerjayanya, termasuk pengiktirafan khas daripada California Secretary of State.
Dalam tahun 1975, dia mengundurkan diri daripada kedudukannya sebagai Presiden
dan Pengerusi Lembaga Shaklee Corporation dan menerima kedudukan Pengerusi
Emeritus Shaklee Corporation, satu kedudukan yang disimpan sehingga kematiannya
dalam 1985 ketika berusia 91. Dalam pengiktirafan yang banyak diterimanya, nama
Dr Shaklee telah banyak muncul dalam beberapa penerbitan seperti Who's Who in
the West, Who's Who in America, Who's Who in the World dan the International
Register of Profiles.
Hari ini, Shaklee berdiri teguh sebagai sebuah tugu wawasan,
kecerdikan dan keyakinan Dr Shaklee. Melalui wawasannya beliau telah
meningkatkan banyak kehidupan dan memperbaiki kesihatan ribuan masyarakat di
seluruh dunia. Falsafah "Thoughtsmanship"nya amat sesuai dan berkesan
sejak diterbitkan dari dahulu hingga kini. Syarikat yang berdiri teguh hari ini
adalah hasil titik peluh dan satu penghormatan hidup untuk seorang pemimpin
yang bervisi dengan suatu falsafah luar biasa.
Sumber: http://www.shaklee.com.my/bm/shaklee_legacy.asp
No comments:
Post a Comment